Resepi Laksa Kedah Bonda Salmah Tualang

Ini resepi istimewa ibu mertua saya, orang Kedah piaw yang menurunkan ilmu laksa Kedah kat saya.

Bahan-bahan kuah laksa kedah:

1kg ikan kembung. Orang kedah sebut ikan termenung (kesian!)
- rebus 10-15 minit dengan 3-5 keping asam keping + 2 sudu garam
- asingkan antara tulang dan isi ikan
- tulang ikan boleh diblend halus kemudian tapis untuk ambil airnya sahaja
(kalau malas, boleh blend ikan seketul2 terus, lepas tu guna penapis halus untuk asingkan antara isi dan tulang, hihii ni mak mertua saya la cakap)

Cili kering RM1 direndam kemudian diblend hancur
Cili api 10 biji (kalau nak pedas kow kow!) diblend hancur
3 labu bawang besar - blend
3 biji bawang merah - blend
5 ulas bawang putih - blend
2 inci belacan - blend
5 keping asam keping (boleh adjust ikut sedap sendiri)
5 sudu garam (adjust ikut sedap)
1 ikat RM1 daun kesom
2-3 kuntum bunga kantan
Air 20 - 40 cawan air, ikut lah, nak pekat ke atau nak untung (?? kedekut??!) boleh buat cair-cair. Boleh guna air rebusan ikan hak mula2 tadi, sedap.

Masak semua ni selama 1 jam.

Hidang laksa Kedah ni dengan:

2 kg laksa kering yang dah direndam selama 2-3 jam, kemudian direbus sehingga lembut. Masukkan sedikit minyak masa rebus supaya laksa tu tak putus dan tak melekit sangat.

Hidang juga bahan-bahan berikut yang dihiris halus:

1 biji timun
daun salad
daun selom
cili api
bawang besar
limau nipis - belah 8
telor - belah 8

Terima kasih ibu mertuaku, Salmah @ Nah, Tualang, Pokok Sena, Kedah.

Selamat mencuba

Last update on March 16, 12:45 am by Hasanah.
Topics: laksa, kedah, mi

kenapa orang kedah sebut ikan kembung. ikan termenung?
emm ingin tahu


kenapa orang kedah sebut ikan kembung. ikan termenung?
emm ingin tahu

Takde jawapan la. Kena tanya orang Kedah. Tapi, tanya mak mertua saya, dia gelak je
hihii

nk share boleh?


nk share boleh?



Silakan, kalau nak share laksa dah siap lagi lah terbaik!

no...i mean..nk kongsi resepi laksa ni di wall sy boleh? @ nk sebar kan..=)

All times are GMT +8. The time now is 7:53 pm.